IPOH: Tahap kepuasan hati penduduk di bandar raya Ipoh disifatkan masih kurang walaupun tahap pembangunan dan infrastrukturnya mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Perkara itu disuarakan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang menegaskan, Ipoh masih jauh ketinggalan berbanding bandar lain di Malaysia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.
Beliau berkata, walaupun Ipoh memperoleh skor sebanyak 88.7 peratus bagi tahun 2022 iaitu sedikit meningkat berbanding 81.1 peratus pada tahun sebelumnya, namun masih gagal mencapai 90 peratus ke atas.
"Ipoh mungkin berada di tangga ke-30 atau 40 untuk indeks tersebut, masih dalam bahagia sebab markah itu 80 peratus ke atas, kalau lima bintang 90 peratus dan ke atas.
"Melalui pengamatan saya memang ramai penduduk Ipoh yang tidak puas hati walaupun infrastruktur dan ekonomi ada peningkatan mendadak.
"Kepuasan hati penduduk di sini masih rendah berbanding dengan negeri lain. Ada negeri walaupun tahap pembangunan infrastruktur dan ekonomi stagnant (tidak berubah) atau menurun, tapi kepuashatian rakyatnya berada dalam skor bahagia.
"Jadi kenapa? Itu yang saya tidak pasti dan saya sedang mengenal pasti apa puncanya, saya tiada jawapannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mac di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, pada Khamis.
Sehubungan itu, katanya, baru-baru ini pihaknya telah melantik perunding bagi mencari punca dan penyelesaian tentang permasalahan tersebut.
"(Pada) 21 Mac lalu kita sudah lantik konsultan dari Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar dan memberi masa kepada mereka selama enam bulan untuk mencari punca dan cadangan.
"Tetapi apa yang saya lihat di media sosial Facebook ramai di antara orang Ipoh mengadu tentang isu jalan dan kutipan sampah.
"Kemungkinan isu yang mereka tidak puas hati ialah ketidaksesuaian dalam peluang pekerjaan di bandar raya ini, contohnya ada jawatan untuk gred rendah, pemohon pekerjaan itu ada ijazah. Ramai juga lepasan universiti dan kolej tetapi terpaksa kerja kilang," katanya lagi.
Sebelum ini media melaporkan,bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.
Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Aida Aziz
Fri Mar 31 2023
Tahap kepuasan hati penduduk di bandar raya Ipoh disifatkan masih kurang walaupun tahap pembangunan dan infrastrukturnya mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
Internet percuma untuk orang Ipoh
Projek pemasangan WiFi percuma di 20 lokasi ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April ini.