Penduduk cemas lihat belalai air di Tanjung Tokong
Astro Awani
April 1, 2019 18:23 MYT
April 1, 2019 18:23 MYT
Penduduk di sekitar Tanjung Tokong dekat sini gempar susulan berlakunya fenomena belalai air atau pusaran angin sekitar jam 1.30 petang tadi.
Fenomena belalai air yang bermula di lautan sebelum membadai kawasan daratan itu berjaya dirakam netizen dan dimuat naik di laman media sosial dan disebar melalui aplikasi WhatsApp.
Dalam video itu, kelihatan awan gelap disusuli pusaran angin dan belalai air bergerak menghala ke arah daratan.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira 10 minit ketika hujan dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Antara lokasi yang terjejas teruk ialah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPRT) Uda di mana dilaporkan beberapa atap rumah diterbangkan angin kuat.
#awan gelap
#belalai gajah
#PPRT Uda
#Projek Perumahan Rakyat
#Pusaran Air
#pusaran angin
#Tanjung Tokong