Penduduk 4 kampung sekitar Kg. Tanduo berpindah

Astro Awani
Mac 6, 2013 09:11 MYT
Kira-kira 600 orang penduduk dari empat buah kampung berhampiran kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, Lahad Datu sebagai langkah berwaspada.
Ia susulan operasi pasukan keselamatan yang menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu pada Selasa lalu.
Ia membabitkan Kampung Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis serta Lok Buani.
Menurut ketua masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian, mereka diarah pasukan keselamatan supaya berpindah sejak dua hari lepas.
Arahan yang diterima disambut baik penduduk setempat demi memastikan keselamatan dan masa depan mereka terjamin daripada sebarang anasir subversif dan penceroboh luar.
#kampung tanduo #kampung Tanjung Labian #Lok buani #Sungai Bilis #Tanagian
;