KUALA LUMPUR: Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM) bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian komited untuk memupuk inovasi dalam penjagaan kesihatan, dan mewujudkan satu laluan untuk memudahkan industri kesihatan dalam menghasilkan teknologi bernilai tinggi dalam pendekatan kolaboratif dengan pelbagai kementerian, yang kini dikendalikan oleh Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS).
Beliau berkata selain Rekod Perubatan Elektronik, terdapat banyak potensi produk dan perkhidmatan digital inovatif seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mentadbir penjadualan petugas dan pesakit, menguruskan penggunaan katil dan aliran pesakit, malah menyokong pembuatan keputusan operasi mereka.
"Bagi pihak pengguna, banyak penyedia perkhidmatan di negara - termasuk kemudahan kerajaan - telah menggalakkan pesakit untuk mengesan penyakit mereka menggunakan peranti perubatan khusus, sambil menawarkan pemantauan pesakit dari jauh, telekesihatan dan perkhidmatan perundingan maya.
"Selain peranti perubatan dan pendigitalan, kementerian juga menyasarkan untuk terus menggalakkan dan membangunkan industri farmaseutikal," katanya dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan 24th Southeast Asian Healthcare and Pharma Show (SEACare) 2024 di sini pada Khamis.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Dzulkefly berkata pengeluaran farmaseutikal halal bukan sahaja untuk menampung keperluan tempatan, tetapi juga membuka pintu kepada pasaran global yang berkembang, berpotensi memberi perkhidmatan kepada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia.
Mengulas mengenai pameran yang dianjurkan oleh Qube Integrated (M) Sdn Bhd itu, Dzulkefly berkata SEACare berperanan sebagai platform berharga, memupuk pertukaran pengetahuan dan kemajuan industri sambil membolehkan pihak berkepentingan meneroka peluang inovatif yang merentasi sempadan.
"Kementerian Kesihatan berbangga menyaksikan SEACare semakin penting dan menjadi lebih signifikan kepada industri," katanya.
Pengerusi Eksekutif Qube Richard Teo dalam ucapannya berkata SEACare yang memudahkan pertemuan dan peluang rangkaian antara pempamer Malaysia dan pembeli asing, terbukti sangat membuahkan hasil.
"Sukacita saya maklumkan bahawa interaksi ini telah berjaya memupuk kerjasama perniagaan, menjana potensi jualan kira-kira RM30 juta pada hari pertama acara tiga hari itu yang bermula semalam.
"Hasil ini ialah bukti keberkesanan padanan strategik serta minat dan keyakinan yang ada pada pembeli antarabangsa terhadap produk dan inovasi Malaysia yang dipamerkan pada SEACare 2024. Saya yakin bahawa kita dapat melakar kejayaan pada akhir acara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Dzulkefly berkata pengeluaran farmaseutikal halal berpotensi memberi perkhidmatan kepada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

xAI milik Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT, Gemini
xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Grok 3, yang didakwa lebih baik berbanding ChatGPT keluaran OpenAI.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Elon Musk umum pelancaran Grok-3 pada 18 Februari
Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.