Pendidik terbaik dunia akan berkumpul di Kuala Lumpur
Astro Awani
Mac 15, 2013 13:49 MYT
Mac 15, 2013 13:49 MYT
Persidangan Baccalaureate Antarabangsa Asia Pasifik 2013 (IB Conference 2013) akan berlansung pada 21 sehingga 23 Mac 2013 di Kuala Lumpur, yang akan disertai oleh pendidik-pendidik bertaraf dunia.
IB Conference 2013 yang di anjurkan oleh International Baccalaureate Asia Pacific Global Centre itu, mengetengahkan pendidik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Profesor Sohail Inayatullah, Ben Walden and Profesor Paula Barrett.
Ketiga-tiga penceramah itu berpengalaman dalam menjalankan beberapa kajian yang memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak di seluruh dunia.
Platform pendidikan ini bertujuan untuk membina satu sistem pendidikan yang dapat memupuk kebolehan dan keupayaan kanak-kanak.
Sebanyak 900 perwakilan antarabangsa dijangka hadir , di mana kesan ekonomi hampir RM10.6 juta akan dijanakan bagi Malaysia.
“Persidangan tahunan ini menyediakan peluang kepada pendidik berkongsi cara terbaik mendidik pelajar dan membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memupuk kemahiran untuk kejayaan,” kata Ian Chamber, Pengarah International Baccalaureate, Asia Pacific.
Persidangan tersebut disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
#IB
#IB Conference 2013
#International Baccalaureate Asia Pacific Global Centre
#Kuala Lumpur
#MyCEB
#pendidikan