KUALA LUMPUR:Lebih 35 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak Malaysia yang dilaporkan bagi tahun ini melibatkan jenayah seksual.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, jumlah itu mewakili 1,373 kes daripada keseluruhan 3,875 kes yang dilaporkan sehingga September lalu.
Angka itu diikuti 1,251 kes pengabaian dan 1,120 kes lagi penderaan fizikal sementara penderaan emosi dilaporkan sebanyak 131 kes.
"Antara punca utama berlakunya penderaan adalah disebabkan oleh masalah kewangan, ibu bapa yang terlibat dalam penagihan dadah dan pendera mengalami masalah mental," katanya di Parlimen di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sabri Azit (Pas-Jerai) mengenai statistik penderaan kanak-kanak yang berlaku hingga akhir tahun ini dan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan berlakunya isu penderaan kanak-kanak di Malaysia.
Siti Zailah berkata, namun begitu pada tahun lalu, kes pengabaian kanak-kanak dilaporkan tertinggi dengan 2,521 kes daripada 6,061 kes yang dilaporkan.
Sementara katanya, kes penderaan seksual mencatatkan 1,856 kes, penderaan fizikal (1,571 kes) dan penderaan emosi (113 kes).
"Bagi tahun 2018, sebanyak 2,046 kes dilaporkan untuk pengabaian, penderaan seksual (1,705 kes), penderaan fizikal (1,703 kes) dan penderaan emosi (124 kes)," katanya.
Bagi menangani masalah itu, katanya, beberapa program dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mewujudkan sistem semakan pesalah jenayah seksual dalam daftar kanak-kanak serta menyediakan senarai semak/panduan (infografik) bagi pemilihan pengasuh.
"Selain melantik pembantu pelindung sebagai barisan hadapan bagi menyelamat dan memberikan perlindungan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, kita juga memperluaskan liputan perkhidmatan Talian Kasih 15999 serta Whatsapp Talian Kasih 019-26 15999 bagi khidmat sokongan, kaunseling, pertanyaan dan aduan," katanya.
Umavathi Ramayah
Mon Dec 14 2020
![Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/51517905750_MOLEST.jpg)
Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, antara punca utama berlakunya penderaan adalah disebabkan oleh masalah kewangan, ibu bapa yang terlibat dalam penagihan dadah dan pendera mengalami masalah mental. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586142681_DomesticViolence.jpg)
PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri
Tindakan itu diambil selepas wujud kebimbangan mengenai kes penderaan domestik yang mungkin akan meningkat sepanjang tempoh PKP