Proses pendengaran kes berhubung hak eksekutif minyak dan gas antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak yang dijadualkan 12 Jun di Mahkamah Persekutuan ditangguh kepada tarikh baharu, 21 Jun ini.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataannya lewat hari ini memberitahu, penangguhan itu dimaklumkan pegawai Mahkamah Persekutuan kepada pasukan Jabatan Peguam Negara (SAG) negeri Sarawak menerusi panggilan telefon petang tadi.
Menurutnya, Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permintaan penangguhan pendengaran kes yang difailkan Peguam Negara Persekutuan (FAG).
"Penangguhan itu juga bagi membolehkan beliau (FAG) mempertimbangkan sama ada Kerajaan Persekutan perlu masuk campur dalam kes tersebut.
"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyatakan kekecewaan terhadap penangguhan yang dibuat secara tiba-tiba," kata kenyataan itu.
BACA: Pasukan perundangan ikrar bantu kerajaan Sarawak berdepan isu Petronas
BACA: Petronas fail permohonan perjelas PDA 1974
Tambahnya, penangguhan tersebut dilulus tanpa mengambil kira kehadiran pasukan SAG di Mahkamah Persekutuan.
Sarawak diwakili barisan peguam SAG telah bersiap sedia untuk proses pendengaran kes mengikut jadual asal, malah telah menghantar semua dokumen berkaitan, termasuk afidavit yang akan digunakan dalam sesi berkenaan.
Pada 4 Jun lalu, Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.
Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.
Perkara itu disahkan Jabatan Peguam Besar Sarawak yang mengakui menerima notis daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan negeri menjadi parti dalam saman dikemukakan Petronas itu.
Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dipetik berkata, permohonan bagi kebenaran merayu akan dibuat.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg pada 6 Mac lalu mengumumkan kuasa kawal selia Sarawak ke atas minyak dan gas negeri itu.
Bagaimanapun Pakatan Harapan Sarawak, menerusi Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen berkata pengumuman itu hanya omong kosong cuba mengaburi rakyat negeri itu kononnya berlaku "penurunan kuasa".
Sedangkan, kata Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu, kawalan dan faedah utama minyak dan gas kekal di tangan Kerajaan Persekutuan.
Chong berkata, sehingga kini, Sarawak masih menerima hanya 5% royalti minyak dan gas.
Pada masa sama, Pakatan Harapan berjanji memberikan royalti minyak dan gas 20%, apabila ia menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.
Rohana Wahed
Mon Jun 11 2018
![Pendengaran semakan status Petronas ditangguh 21 Jun Pendengaran semakan status Petronas ditangguh 21 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446799489_PetronasLogo.jpg)
Pada 4 Jun, Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pengisytiharan mengenai PDA sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662106615_ChongChiengJen.jpg)
DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.
![PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668636714_ChongChiengJen.jpg)
PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.
![PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667633208_STAMPIN.jpg)
PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin
Perebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).
![PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666539127_PRUDAPSarawakm.jpg)
PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642729224_BenderaDAP.jpg)
PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.
![PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662106615_ChongChiengJen.jpg)
PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini
Lapan kerusi itu adalah Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang and Bintulu.
![DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639871167_ChongChiengJen.jpg)
DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir
DAP Sarawak membantah dan tidak akan menyokong sebarang cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara berdepan bencana banjir.
![PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649005506_TBDAPSARAWAK.jpg)
PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU15.
![DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870844_TBMASHUPORANG.jpg)
DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong
Usaha Kerajaan Sarawak untuk meminda definisi tanah di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat negeri itu.
![PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639871167_ChongChiengJen.jpg)
PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang
Jawatankuasa tersebut akan mengetuai proses penyatuan parti pembangkang bersama DAP Sarawak dengan agenda untuk menumbangkan PN, BN dan GPS.