Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Bernama
Mac 11, 2025 22:30 MYT
Mac 11, 2025 22:30 MYT
Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
PMO dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu susulan dakwaan sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen sendiri, yang mendakwa pendapatan mereka terlalu rendah sehingga terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan seharian.
Menurut kenyataan itu, berikut adalah butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh:
Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Dalam Negara:
Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Luar Negara:
"Apabila dicampurkan, jumlah pendapatan seorang Ahli Parlimen boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, kenyataan berkenaan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua Ahli Parlimen agar bijak mengurus kewangan dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang jauh lebih memerlukan bantuan.
Semalam, Anwar berkata pembangkang sengaja memainkan isu ini untuk menarik perhatian umum, sehingga ada yang mendakwa menghadapi beban kewangan dan terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan serta elaun mereka boleh menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.
Beliau turut menegaskan bahawa peruntukan bagi kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai pembangkang tetap disalurkan kepada rakyat tanpa mengira parti politik.
-- BERNAMA