Pendakwah terkenal dijangka beri keterangan di Bukit Aman kes gangguan seksual
Astro Awani
Ogos 18, 2021 00:05 MYT
Ogos 18, 2021 00:05 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah terkenal berusia 30-an dilaporkan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.
Difahamkan, pihak polis telah memanggil pendakwah itu untuk dirakamkan keterangan, lapor Utusan Malaysia.
Laporan memetik sumber itu bagaimanapun tidak dapat memastikan pendakwah itu akan hadir atau sebaliknya.
“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.
“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” kata sumber tersebut.