KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.
"Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini," katanya.
Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Izralizam kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 November ini sama ada membebaskan Siti Bainun atau memerintahkan tertuduh membela diri.
Nor Azizah turut memaklumkan bahawa pendakwaan telah menawarkan 15 saksi kepada pembelaan antaranya bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun sekiranya tertuduh diperintah membela diri.
Pada prosiding hari ini, Siti Bainun diwakili peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif
Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, barisan peguam pemerhati hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran perbicaraan kes tersebut.
"Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap prosiding mahkamah dan berharap keadilan akan dapat ditegakkan buat anakanda Bella pada akhir kes ini dan kejadian yang menimpa Bella ini tidak boleh dibenarkan berlaku lagi dalam masyarakat kita," menurut kenyataan itu.
Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lepas dan antara saksi pendakwaan ialah Bella, bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
![Pendakwaan tutup kes Siti Bainun, keputusan 24 November Pendakwaan tutup kes Siti Bainun, keputusan 24 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666879043_SitiBainun.jpg)
Hakim memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 November ini. - Gambar fail
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683102901_SitiBainundidapat.jpg)
Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Tindakan Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.
![Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678191321_TBsitibainun.jpg)
Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.
![Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674816258_TBSITIBAINUNCOURT.jpg)
Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu mahkamah bahawa dakwaan dia telah mendera Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.
![Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670416141_SitiBainun.jpg)
Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.
![Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666774800_SitiBainun.jpg)
Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
![Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666774800_SitiBainun.jpg)
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
![Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663149437_Bainun.jpg)
Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
![Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663831271_Bellasindromdown.jpg)
Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok
Bella akan menyambung keterangannya esok dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
![Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663831271_Bellasindromdown.jpg)
Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup
Bella memberi keterangan di Mahkamah Sesyen sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
![Kes Rumah Bonda: Saksi dedah Siti Bainun pernah dapatkan ubat rawatan terkena air panas Kes Rumah Bonda: Saksi dedah Siti Bainun pernah dapatkan ubat rawatan terkena air panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663747881_TBSITIBAINUNMAHKAMAH.jpg)
Kes Rumah Bonda: Saksi dedah Siti Bainun pernah dapatkan ubat rawatan terkena air panas
Saksi mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dihadapan Hakim Izralizam Sanusi.