Pendaki wanita letih terkandas di Kem Berlumut, diselamatkan helikopter bomba
Amir Hamzah Nordin
Julai 30, 2022 13:13 MYT
Julai 30, 2022 13:13 MYT
LIPIS: Seorang wanita berusia 39 tahun terkandas kerana terlalu penat untuk meneruskan pendakian di Kem Berlumut, Gunung Tahan, pada pukul 7.15 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, wanita itu, Nadia Azmi dari Putrajaya bersama sekumpulan 21 orang pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki pada 27 Julai lalu melalui Merapoh.
“Kumpulan itu dipandu oleh tiga orang Malim Gunung dari Kuala Juram ke Kem Berlumut lebih kurang 21 kilometer.
“Ketika kejadian, keadaan cuaca mendung, berawan dan berkabus,” katanya.
Katanya, bantuan helikopter Bomba yang berlepas dari Subang ke Merapoh pukul 12 tengah hari, hari ini.
“Seramai lima anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) telah naik ke Kem Berlumut untuk memberi bantuan awal kepada mangsa,” katanya.