Pendaftaran atas talian R1R1M dilancar

Wan Syamsul Amly
Februari 27, 2013 12:50 MYT
Pendaftaran atas talian Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia (R1R1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dilancar.
Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, ia salah satu usaha meningkat pemilikan rumah mampu milik di kalangan golongan muda yang baru bekerja.
"Kita beri tumpuan di Lembah Klang selain pinggir bandar selepas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri."
"Ia usaha melihat golongan sasar mendapat rumah sendiri dengan harga berpatutan sekali gus mengurangkan beban mereka yang tinggal di bandar," katanya semasa melancarkan pendaftaran atas talian R1R1M Alam Prima Fasa Dua dan Laguna Biru Fasa Dua.
Turut hadir, ahli lembaga pengarah SPNB, Datuk Shuib Md Yusop dan Datuk Abdullah Thalith Md Thani.
R1R1M sebelum ini dikenali Program Rumah Pertama Rakyat Mampu Milik.
Kata Idris, R1R1M yang terletak di Rawang dan Damansara itu berharga dalam lingkungan RM145,000 sehingga RM190,000.
Tahun lepas, SPNB telah melancar pra pendaftaran Program Pertama Rakyat Laguna Biru Sungai Buloh Fasa Dua dan Alam Prima,Shah Alam Fasa Dua.
Sehingga kini, seramai 6,445 pemohon berdaftar bagi kedua projek berkenaan selain maklumat lanjut projek boleh diperolehi di laman sesawang www.spnb.com.my.
SPNB setakat ini sudah membina 29 projek dengan jumlah 22,964 unit R1R1 di seluruh negara.
#Datuk Idris Haron #Program Rumah Pertama Rakyat 1Malaysia #R1R1M #SPNB