Pendaftaran AstraZeneca: Hanya 50,000 kekosongan yang tinggal - KJ

Astro Awani
Mei 2, 2021 14:20 MYT
Menerusi ciapan di laman Twitter Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat artikel ini ditulis, lebih 210,000 temu janji telah ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Tidak sampai 30 minit, temu janji untuk pendafaran vaksin Astra Zeneca daripada 100,000 tempat menurun kepada 50,000 tempat selepas ramai rakyat Malaysia mula mendaftar untuk mendapatkan vaksin tersebut.
Menerusi ciapan di laman Twitter Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat artikel ini ditulis, lebih 210,000 temu janji telah ditetapkan.
BACA: Vaksin AstraZeneca: Ramai syukur berjaya buat tempahan sukarela
Bahkan, tiada lagi kekosongan untuk temu janji di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

UM and UKM slots full. 210k appointments made. Last 50k available. pic.twitter.com/Oof5et2k1Q

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kira-kira 45 minit sebelum itu (ketika artikel ini ditulis), Khairy Jamaluddin memaklumkan masih terdapat 100,000 kekosongan.
Tidak sampai 20 minit kemudian, separuh daripada kekosongan itu telah diisi.
BACA: Pendaftaran AstraZeneca, sistem masih di takuk lama?
Astro AWANI pada Ahad melaporkan ramai penduduk Selangor dan Kuala Lumpur melahirkan rasa syukur kerana dapat membuat pendaftaran sukarela untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca.
Tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata yang berjaya menetapkan tarikh mengambil tangkap layar makluman 'Tahniah' di laman pendaftaran berkenaan.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas untuk program ini meliputi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL); Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC); Dewan 1, Bangunan Peperiksaan UM; dan Dewan Gemilang, UKM.
BACA: Permohonan vaksin AstraZeneca bermula esok, siapa cepat dia dapat - Khairy
Pada 28 April lepas, Khairy berkata, Kerajaan akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kepada pemohon sukarela menerusi PPV khas.
Jelasnya lagi, tindakan berkenaan diambil bagi mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu.
Untuk rekod, Malaysia telah menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca pada minggu lalu.
Tambahnya lagi, permohonan itu terbuka kepada 268,000 orang berdasarkan siapa cepat dia dapat melalui laman web www.vaksincovid.gov.my.
Vaksin AstraZeneca | Permohonan bermula 12 tengahari esok
#vaksin #daftar #AstraZeneca #Khairy Jamaluddin #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #PICK #MySejahtera
;