Pencuri pakaian dalam dipenjara 3 bulan

Astro Awani
September 26, 2016 20:35 MYT
Tertuduh memberi alasan mencuri tiga helai seluar dalam dan sehelai baju singlet berkenaan hanya untuk kegunaan diri sendiri.
Padah mencuri seluar dalam dan singlet, seorang lelaki hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Hukuman dijatuhkan terhadap Zakaria Mohd, 32 tahun dari Pulau Ketam, Kuala Terengganu selepas dia mengaku bersalah.
Zakaria memberi alasan mencuri tiga helai seluar dalam dan sehelai baju singlet berkenaan hanya untuk kegunaan diri sendiri.
Mengikut fakta kes, Zakaria didakwa mencuri satu kotak mengandungi tiga helai seluar dalam jenama Edwin dan sehelai baju singlet juga jenama Edwin dengan nilai keseluruhan RM45.36 di Pasar Raya Mydin, Gong Badak, Kuala Nerus.
Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada jam 12.30 tengah hari, pada 23 September lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan l Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
#curi #Kuala Terengganu #Mahkamah Majistret #seluar dalam #Zakaria Mohd
;