Pencemaran Udara: JAS pantau 265 kilang di Pasir Gudang

Fareez Azman
Jun 26, 2019 17:20 MYT
Pegawai Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel cecair serta pepejal untuk pemeriksaan. - Gambar Astro AWANI
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan agresif dengan memantau serta memeriksa kilang-kilang di sekitar Pasir Gudang yang menggunakan bahan kimia.
Astro AWANI berkesempatan melihat dengan lebih dekat persiapan salah sebuah pasukan yang diarahkan untuk menyiasat dua buah kilang di daerah itu.
Sampel cecair serta pepejal akan dimasukkan ke dalam bekas khas sebelum dibawa untuk diperiksa.
Menurut sumber, operasi bersepadu itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Rabu.
Beberapa pasukan telah diberikan nama-nama kilang untuk dianalisa.
Pada Selasa, sebuah kilang telah diarahkan oleh JAS untuk membuang bahan kimia serta-merta selepas diperiksa.
Dalam kejadian yang berlaku sejak Khamis lalu, lebih 300 mangsa terjejas akibat terhidu pencemaran kimia.
Sehingga kini, seramai sembilan mangsa dimasukkan ke dalam wad di Hospital Sultan Ismail bagi menerima rawatan.
#bahan kimia #Jabatan Alam Sekitar #JAS pantau 265 kilang di Pasir Gudang #pencemaran udara
;