Pencemaran Sungai: Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap JAS

Muhafandi Muhamad
Mac 3, 2021 11:33 MYT
Tuan Mohd Saripudin berkata beliau telah mengarahkan JAS untuk membuat siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil, Gua Musang Ahad lalu.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata perkara tersebut turut diadukan oleh penduduk setempat.
“Kita sudah terima aduan daripada masyarakat setempat di sungai tersebut.
“Saya telah arahkan JAS di Kota Bharu dan juga Gua Musang untuk membuat siasatan bagi mengenal pasti punca kematian ikan air tawar tersebut. Tindakan segara akan dilakukan selepas kami mendapat maklumat tersebut,” beliau berkata demikian bagi mengulas laporan pada 28 Februari lepas berhubung kematian ribuan ikan air tawar di Sungai Ketil berhampiran Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang minggu lalu.
Penduduk mendakwa ianya berpunca daripada pencemaran sungai akibat aktiviti kilang perindustrian di hulu sungai.
BACA: Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil
Sungai Ketil merupakan kawasan rekreasi dan lubuk ikan kelah.
#pencemaran sungai #ikan air tawar #Sungai Ketil #JAS #Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail #Gua Musang
;