Pencemaran LRA Sg Semenyih: Gangguan bekalan air 66 peratus pulih

Astro Awani
September 1, 2021 22:36 MYT
Kadar pemulihan secara berperingkat itu direkodkan setakat jam 7 malam Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas akibat pencemaran bau kini mencapai tahap 66 peratus.
Melalui ciapan terbaharu di laman Twitter, Air Selangor memaklumkan, kadar pemulihan secara berperingkat itu direkodkan setakat jam 7 malam Rabu.
"Sehingga jam 7.00 malam, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yg terjejas telah mencapai tahap 66 peratus.
"Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh didapati di http://airselangor.com atau IG Instastory dan FB Story," kata Air Selangor.
Info grafik dikongsi Air Selangor menunjukkan lima daerah terjejas sudah mula kembali pulih secara berperingkat iaitu di Hulu Langat (90.7 peratus), Sepang (81.6 peratus), Putrajaya (82.6 peratus), Petaling (37.2 peratus) dan Kuala Langat (75 peratus).
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Sehingga jam 7.00 PM,pemulihan bekalan air di 463 kawasan yg terjejas telah mencapai tahap 66%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air seperti tertera. Senarai kawasan yg masih belum pulih boleh di dapati di https://t.co/dRHh3cWCRK atau 'IG Instastory' & 'FB Story'#AirSelangor pic.twitter.com/7kx3MvO7hp

— Air Selangor (@air_selangor) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan air #loji rawatan air #Lembah Klang #Air Selangor