Pencemaran bau: Semua LRA sudah beroperasi semula

Astro Awani
Februari 12, 2023 00:30 MYT
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Rantau Panjang serta LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 telah beroperasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6.30 pagi Ahad.
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Rantau Panjang serta LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 telah beroperasi.
Kesemua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di sauk LRA Rantau Panjang, Kuala Selangor malam tadi.

Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6:30 pagi, 12 Februari 2023 (Ahad). Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti di lampiran berikut. #AirSelangor #230211LRARantauPanjang pic.twitter.com/lGIbaAyZlM

— Air Selangor (@air_selangor) February 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
#Air Selangor #pencemaran bau #LRA #Bekalan Air Terawat