Pencemaran bau: Loji Rawatan Air Rantau Panjang henti tugas
Astro Awani
November 10, 2020 15:22 MYT
November 10, 2020 15:22 MYT
KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang di Bestari Jaya telah dihentikan tugas sekitar pukul 12.20 hingga 12.40 tengah hari Selasa.
Penutupan itu susulan terdapat laporan pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan bau berkenaan telah dikesan sekitar 8 ton di LRA Rantau Panjang.
“Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON.
“LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata LUAS lagi
Astro AWANI akan membawakan perkembangan masalah pencemaran air ini dari semasa ke semasa.