Pencemaran bahan kimia: Lima lagi sekolah ditutup serta-merta

Fareez Azman
Mac 13, 2019 12:01 MYT
Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan. - Gambar fail
Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.
Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Nusa Damai, Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Sekolah Kebangsaan Taman Rinting , Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex.
Bagaimana pun, jumlah sebenar mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan ketika ini.
Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan.
Semalam, Kerajaan Negeri johor mengarahkan 13 buah sekolah ditutup akibat kesan pencemaran itu.
#dewan komuniti pasir puth #kerajaan negeri #pelajar #pencemaran kimia #SK Nusa Damai #SK Taman Rinting #SK Taman Scientex #SMK Nusa Damai #SMK Taman Scientex #Sungai Kim Kim
;