Pencemaran bahan kimia: Bacaan bahan kimia di Sungai Kim Kim

Ain Najhan
Mac 14, 2019 10:28 MYT
Agensi Pengurusan Bencana Negara mendedahkan sebanyak 2.43 tan bahan kimia bercampur tanah dikeluarkan dalam pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Bencana pencemaran alam sekitar di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang menggemparkan seluruh negara telah membawa pada penemuan mengenai bacaan bahan kimia di kawasan berkenaan.
Kesemua pihak berkuasa yang terlibat seperti Pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah membuat pembersihan awal sisa tumpahan kimia di darat dan sisa yang timbul di permukaan sungai dan sebanyak 2.43 tan bahan kimia bercampur tanah telah dikeluarkan.
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara berikut
antara bahan kimia yang dikesan di kawasan bencana:
1) Metana: 0.96 ppm (part per million)
2) Hidrogen Klorida: 1.63 ppm (part per million)
3) Acrylonitrile: 7.33 ppm (part per million)
4) Acrolein: 5.29 ppm (part per million)
5) Benzene: 1.87 ppm (part per million)
#Acrolein #Acrylonitrile #Agensi Pengurusan Bencana Negara #bencana #Bencana Sungai Kim Kim #Benzene #bomba #Hazmat #Hidrogen Klorida #Johor #JPS #Kim Kim #Malaysia #metana #Pasir Gudang #Senarai bahan kimia Sungai Kim Kim #Sungai Kim Kim