Pencarum KWSP lega syarat pengeluaran penuh kekal 55 tahun
Madiha Abdullah
April 23, 2015 11:25 MYT
April 23, 2015 11:25 MYT
Saranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun mendapat reaksi yang pelbagai di media sosial.
Seperti dijangka, kebanyakan pengguna laman sosial nyata tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak relevan.
Dan baru sahaja sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pengeluaran penuh wang caruman dalam KWSP dikekalkan pada usia 55 tahun.
Pengumuman ini tentunya melegakan rakyat, terutama sekali selepas begitu banyak isu yang timbul semenjak akhir-akhir ini.
Pengguna Facebook dengan nama Datukjj Jj, meluahkan perasaan tidak puas hatinya melalui satu jenaka sinis.
Pengguna Twitter, Haikal Shafie, antara yang lega dengan pengumuman Perdana Menteri.
MeinMein pula membangkitkan isu kaji selidik atau survey yang dibuat KWSP.
Begitu juga Tepak Bersulam, turut mempersoalkan keperluan kaji selidik berkenaan.
Seorang lagi pengguna Twitter, Rerel, bukan sahaja meluahkan rasa lega atas perkembangan terbaru itu, tetapi turut menyatakan pendapatnya tentang ketidaksesuaian untuk melaksanakan peraturan baru buat masa sekarang.