Pencarian mangsa bot karam yang hilang diteruskan

Bernama
Oktober 14, 2016 16:46 MYT
Gerakan SAR dilancarkan pelbagai agensi termasuk APMM, Bomba dan Penyelamat serta dua bot maritim pada 7 pagi tadi. -Gambar fail
Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang masih hilang dalam kejadian bot karam di sini malam tadi, masih diteruskan.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.30 pagi tadi dan gerakan SAR dilancarkan pelbagai agensi termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat serta dua bot maritim pada 7 pagi tadi.
Bot yang dinaiki dua lelaki, dikenali sebagai Hamdi Jarawi (umur tidak diketahui) dan Razali Pet, 36, karam dekat Tanjung Po, Muara Tebas di sini kira-kira pukul 11 malam tadi.
"Hamdi berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai manakala Razali masih belum ditemui," katanya. -Bernama
#APMM #Gerakan mencari dan menyelamat #Hamdi Jarawi #Razali Pet #SAR
;