Pencarian angkasawan negara kedua bermula September
Sharom Abu Bakar
April 4, 2018 06:23 MYT
April 4, 2018 06:23 MYT
Pencarian bakal angkasawan negara kedua akan dimulakan September depan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata kursus selama empat bulan itu buat permulaan membabitkan penuntut universiti berkenaan merangkumi ujian mental dan fizikal.
Menurut beliau ,ia adalah program perintis yang akan dikendalikanya sebelum diperluaskan ke seluruh negara kelak.
"Sekiranya berjaya saya akan buka penyertaan kepada negeri-negeri yang lain, jadi saya mulakan dengan UKM, sebab matlamat negara adalah untuk menghantar seorang lagi angkasawan pada tahun 2030. Tetapi tidak pasti lag kerana kos yang mahal dan pelbagai-bagai faktor luaran. Oleh itu saya akan buat persediaan bagi pelajar-pelajar terpilih yang begitu cemerlang bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan psikolog".
Beliau ditemui selepas majlis perasmian Minggu Sains Negara peringkat negeri Terengganu 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.
Sheikh Muszaphar mengatasi 11,275 calon lain untuk muncul angkasawan pertama negara dan berlepas ke angkasa dengan menaiki Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.
Beliau ,menyertai program di bawah perjanjian bersama Rusia menerusi program angkasawan dan kembali ke bumi selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.