Pencari barang lusuh maut dipanah petir

Sinar Harian
Oktober 5, 2018 15:38 MYT
Adun Jeram Padang, Datuk L.Manickam (dua, kiri) berkesempatan melawat keluarga mangsa di Hospital Jempol. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki maut dipanah petir ketika mencari barang lusuh di tempat pelupusan Kok Foh di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata lelaki tersebut Riduan Ahmad, 24, dari perkampungan Orang Asli Panchor ke lokasi bersama beberapa ahli keluarganya.
"Kejadian sekitar jam 5.30 petang yang mana mangsa rebah selepas dipanah petir, manakala ahli keluarganya yang lain selamat dan tidak mengalami kecederaan.
"Sejurus melihat mangsa rebah, ahli keluarga menghubungi pihak 999 sebelum pasukan paramedik yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasatan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya ketika mengesahkan kejadian hari ini.
BACA: Penunggang motosikal temui ajal disambar petir di Lebuh Raya KESAS
#barang lusuh #maut dipanah petir #Muhd Nurhishamuddin Hashim #pelupusan #petir #tempat pelupusan Kok Foh
;