Pencapaian calon PMR gred A menurun 0.85 peratus

Astro Awani
Disember 19, 2012 15:08 MYT
Pencapaian calon cemerlang yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 menurun 0.85 peratus berbanding tahun lalu.
Secara keseluruhan pencapaian dalam 17 mata pelajaran adalah stabil dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kekal pada 2.71 mata dan menyamai tahun 2011.
Prestasi mata pelajaran bahasa Inggeris pada 2012 mencatatkan penurunan 0.12 mata. Ia jatuh daripada indeks Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 3.11 kepada 3.23.
Secara keseluruhannya prestasi Bahasa Melayu pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 mata daripada indeks gred purata mata pelajaran GPMP 2.36 pada 2011.
Manakala prestasi dan GPMP Matematik menurun sebanyak 0.01 mata.
Turut merosot mata pelajaran Sains.
Bagi keputusan tahun ini, pencapaian calon bandar lebih baik daripada calon di luar bandar.
Bagaimanapun, jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar pada 2012 berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN.
#Bahasa Melayu #Matematik #PMR #Sains
;