SHAH ALAM: Penawaran harga beras yang berbeza-beza antara petani, pengilang, pemborong dan peruncit menyebabkan ketidaktentuan nilai barangan keperluan itu di pasaran.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ia berlaku terutama antara pengilang dan petani yang mana pembelian padi didapati dua kali ganda tinggi berbanding Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
"Jika di peringkat petani, pengilang terpaksa membeli beras atau padi daripada petani, Bernas menawarkan sebanyak RM1,350 per tan metrik.
"Tetapi wujud kilang-kilang membeli dengan harga yang lebih mahal iaitu RM1,750 per tan metrik, perbezaannya adalah RM400. Jadi petani akan memilih pengilang dengan penawaran yang lebih tinggi.
"Jika melibatkan orang tengah pula apabila sampai ke pintu kilang, harga menjadi RM2,700 per tan metrik manakala sekilogram (kg) RM2.70 dan 10kg pula RM27," katanya.
Beliau berkata demikian ketika program (SINAR LIVE) bertajuk 'Siapa dalang beras mahal?' yang dihoskan oleh Haizir Othman.
BACA: Video tular 'beras tempatan dibungkus semula jadi beras import' adalah tidak benar
Tambah Mohamad Yusrizal, susulan itu, ia memberi kesan kepada peruncit yang terpaksa membeli dengan harga yang agak tinggi.
Menurutnya lagi, terdapat pihak yang didakwa pengilang menggunakan taktik 'tukar baju' demi mengaut keuntungan.
"Jadi kita lihat di sini bahawa kapasiti bekalan beras negara mencukupi iaitu 70 peratus tetapi masalah harga di antara petani dan pengilang, pemborong dan peruncit.
"Justeru, situasi yang tidak terkawal itu membuatkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menggunakan taktik tukar baju (menukar bungkusan yang mengandungi beras tempatan kepada bungkusan beras import untuk mengaut keuntungan) dan menjual dengan harga yang lebih tinggi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 07 2023
Di sebalik dakwaan kenaikan harga beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan harga beras tempatan masih terkawal di pasaran ketika ini dan bekalan beras masih mencukupi. - Gambar hiasan
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.