Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian meninggal dunia
Astro Awani
Ogos 8, 2020 00:02 MYT
Ogos 8, 2020 00:02 MYT
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.
Berita tersebut disahkan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menerusi laman Twitter beliau.
Menurut beliau, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Abdul Jalil masih berada di hospital
Jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Sementara itu, anak Allahyarham, Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bapa beliau meninggal dunia pada pukul 6.32 pagi ini.
Selain menjadi kolumnis di Sinar Harian, Abd Jalil juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Abd Jalil berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff turut memaklumkan perkara itu melalui laman Facebook beliau.
#Abd Jalil Ali
#Hospital
#Hussamuddin Yaacub
#jenazah
#meninggal dunia
#Petaling Jaya
#Sinar Harian
#Twitter