SHAH ALAM: Seorang penarik kereta maut dipercayai akibat diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa individu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pada 9.47 pagi, Pusat Kawalan Daerah Klang Utara menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai satu pergaduhan berlaku di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann, Klang.
Vijaya Rao berkata bertindak atas maklumat tersebut, pihaknya segera ke tempat kejadian dan mendapati lelaki berumur 47 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah serta telah meninggal dunia.
"Mangsa meninggal dunia susulan kecederaan yang menyebabkan luka di bahagian badan, tangan kanan dan kiri serta kepala.
"Siasatan mendapati mangsa disyaki diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki namun motif kejadian tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan.
Vijaya Rao juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes tersebut agar menyalurkannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Mangsa meninggal dunia susulan kecederaan pada beberapa bahagian badan, tangan kanan dan kiri serta kepala. - Gambar/ Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ugut bunuh anggota polis, penarik kereta mengaku tidak bersalah
Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap anggota polis menerusi panggilan telefon pada tahun lalu.