Penarik kereta mati ditembak
Astro Awani
Mei 10, 2013 19:10 MYT
Mei 10, 2013 19:10 MYT
Parmeswari a/p Ganesan menyangkakan ada pergaduhan di rumah jiran, rupa-rupanya suami sendiri mati ditembak.
Dia terkejut apabila melihat suaminya, Nagendra a/l Muniandi terbaring berlumuran darah di luar hadapan rumah.
Kejadian ini berlaku di Pangsapuri Taman Setia Jaya, Alor Setar.
Parmeswari hanya mampu menangis dan meratapi kematian suaminya itu.
Mangsa bekerja sebagai penarik kereta di Alor Setar lazimnya akan pulang ke rumah sekitar pukul 6.30 petang sebelum keluar semula pada lewat malam.
Sementara itu, Ketua Blok di Pangsapuri Blok F Taman Setia Jay, Vasalen Kumar a/l Muniandi berkata kejadian itu mengejutkan penduduk memandangkan selama ini tiada kes jenayah melibatkan senjata api dilaporkan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohamad Jan pula mengesahkan kejadian berlaku pukul 12 tengah malam dengan mangsa ditembak tiga das dari jarak dekat.
Siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan di mana mangsa dikejar oleh suspek sehingga ke tingkat enam pangsapuri sebelum bertindak menembak mangsa.
Polis menahan seorang lelaki dipercayai kenalan mangsa bagi membantu siasatan kes.