Penambahan I-BRIM dalam BR1M 2014 kepada setiap penerima
Astro Awani
Februari 22, 2014 08:00 MYT
Februari 22, 2014 08:00 MYT
Antara penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi BR1M 2014 ini ialah Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (IBR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M.
Menurut, pegawai pasukan bajet Kementerian Kewangan, Mohd Hassan Ahmad, insurans itu mempunyai nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.