Penamat rokok: 'Laksana keputusan sukar demi generasi akan datang' - MHC

Hafizi Rosli
Julai 23, 2022 09:40 MYT
Ahli-Ahli Parlimen jelas MHC perlu mempunyai iltizam politik yang jitu untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi - Foto/Astro AWAN
KUALA LUMPUR: Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyeru kesemua Ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Sabtu, MHC memohon agar keputusan sukar ini dapat dilaksanakan demi generasi akan datang.
Ahli-Ahli Parlimen, jelas MHC, perlu mempunyai iltizam politik jitu seperti yang diperlihatkan semasa penetapan larangan-larangan berkaitan COVID-19 dalam menimbang tara antara kebebasan individu dan kesihatan awam jangka panjang.
Jelas MHC, undang-undang ini mampu melindungi generasi yang lahir selepas tahun 2005 daripada bahaya rokok dan produk hasil tembakau.
Dalam pada itu, MHC turut mencadangkan beberapa langkah untuk diambil oleh KKM terutamanya dalam penyampaian maklumat yang tepat berkenaan rang undang-undang ini kepada rakyat.
KKM juga, jelasnya, perlu menangani pendapat awam dengan berhati-hati dan melibatkan pemegang-pemegang taruh berkaitan untuk mendorong orang awam untuk memilih kesihatan sejagat.
Penguatkuasaan secara teratur dan berkesan terutama kepada larangan merokok di semua premis makanan dan minuman juga perlu diteruskan bagi memastikan tujuan utama undang-undang berjaya dicapai.

Laksanakan Strategi Generasi Penamat Rokok MHC menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal diperkenalkan oleh @KKMPutrajaya Kami menyeru semua ahli Parlimen menyokong Akta ini yang akan dibentangkan untuk melindungi generasi masa hadapan.https://t.co/q2ucmR2c0j pic.twitter.com/uxrhX1eNTC

— Malaysian Health Coalition (@malaysianhc) July 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polisi yang dikenali dengan Generational End Game (Generasi Penamat) ini dijadual dibentangkan di Parlimen pada bulan ini.
Akta baharu itu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.
#Generasi Penamat #Akta Kawalan Tembakau dan Merokok #MHC #Gabungan Kesihatan Malaysia
;