Penagih dadah perlu dirawat bukan dihukum - Kazatchkine

Astro Awani
Julai 1, 2013 11:22 MYT
Masalah penyalahgunaan dadah perlu ditangani dari sudut kesihatan.
Ini adalah pendapat Ahli Suruhanjaya Antarabangsa mengenai polisi dadah, Prof Michel Kazatchkine yang menegaskan penagih perlu dirawat dan bukannya dihukum.
Menurut beliau, tindakan memerangi serta mengaitkan penagih dengan jenayah bukan sahaja tidak berjaya menghapuskan masalah itu, sebaliknya mengundang pelbagai kesan negatif.
“Kajian di beberapa negara seperti Portugal, Republik Chezch dan Belanda mendapati pendekatan merawat lebih berkesan dalam menangani isu dadah.
“Tindakan menghumban penagih ke dalam penjara umpamanya menyebabkan mereka yang baru menagih takut mendapatkan bantuan,” kata beliau pada forum polisi dadah dan kesihatan awam sempena persidangan Pertubuhan Aids Antarabangsa mengenai HIV kali ke 7 di Kuala Lumpur.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#Michel Kazatchkine #penyalahgunaan dadah
;