Penagih dadah, pendatang tanpa izin ditahan

Astro Awani
Februari 26, 2013 07:29 MYT
Sebanyak 58 penagih dadah dan 13 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam satu operasi bersepadu di Kuantan.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata ia hasil kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (lKIM) Kuantan.
Ujarnya, operasi itu menggunakan khidmat bot laju APMM iaitu 'Penggalang 14' dan ‘Kilat 60' di jeti IKIM.
Operasi bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 5.30 petang.
Seramai 35 anggota polis dan 22 anggota APMM terlibat dalam operasi berkenaan.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen Pahang untuk siasatan lanjut.
Siasatan dilakukan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan juga bawah seksyen 63 Akta Imigresen.
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) #Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (lKIM) #penagih dadah
;