Penagih dadah direman bantu siasatan kes bunuh peniaga

Adie Sufian Zulkefli
Ogos 11, 2015 16:17 MYT
ADZAMAN: Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphitemin.
Seorang penagih dadah ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh seorang peniaga kedai makan di sebuah rumah di Taman Sentosa, Alor Setar, Sabtu lalu.
Suspek berusia 27 tahun itu direman selama lima hari bermula hari ini hingga 16 Ogos depan bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Dalila Ismail di lokap mahkamah Alor Setar, siang tadi.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphitemin.
Pada kejadian tiga hari lalu, seorang peniaga kedai makanan, Amah Omar, 47, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul dengan senjata tajam.
Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu rumahnya oleh anak lelakinya dengan kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
Kejadian berlaku pada jam 4.11 pagi.
#Adzaman Mohd Jan #bunuh #penagih dadah #reman
;