Penafian berita palsu tular 9 pagi, 23 Jun - KKMM

Bernama
Jun 23, 2020 12:23 MYT
Berikut makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial setakat pagi ini. -Gambar fail
Berikut adalah makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.
  • Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa kemalangan cedera parah di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor disebabkan oleh pemandu mabuk seperti yang tular di media sosial.
  • Pihak IPD menjelaskan kemalangan tersebut berlaku kerana pemandu terbabas akibat mengelak haiwan melintas sebelum dua buah motosikal melanggar bahagian tepi sebelah kanan keretanya lalu tercampak ke atas jalan raya.
    Pihak IPD juga mengesahkan bahawa hasil ujian kandungan alkohol yang dibuat ke atas pemandu pada hari kejadian adalah negatif.
    -- BERNAMA
    #berita palsu #haiwan melintas #hasil ujian kandungan alkohol #Jalan Ara Kuda #motosikal terbabas #pemandu mabuk #pemandu terbabas #Penafian #tasek gelugor
    ;