Berikut adalah makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.


  1. Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa kemalangan cedera parah di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor disebabkan oleh pemandu mabuk seperti yang tular di media sosial.

    Pihak IPD menjelaskan kemalangan tersebut berlaku kerana pemandu terbabas akibat mengelak haiwan melintas sebelum dua buah motosikal melanggar bahagian tepi sebelah kanan keretanya lalu tercampak ke atas jalan raya.

    Pihak IPD juga mengesahkan bahawa hasil ujian kandungan alkohol yang dibuat ke atas pemandu pada hari kejadian adalah negatif.


-- BERNAMA