Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan Unit Amal ke Sweden

Astro Awani
Januari 28, 2023 22:21 MYT
Menerusi imej yang ditularkan di platform media sosial, gambar yang digunakan itu didapati merupakan suntingan grafik menggunakan latar belakang logo di laman web Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: ASTRO AWANI menafikan mempunyai kaitan dengan imej tular di media sosial bahawa kononnya 'Angkatan Unit Amal Batalion 355 Padang Merbok' sedang bersiap siaga untuk ke Sweden malam ini.
Menerusi imej yang ditularkan di platform media sosial terutamanya WhatsApp, gambar yang digunakan itu didapati merupakan suntingan grafik menggunakan latar belakang logo di laman web Astro AWANI.
Ternyata imej yang meletakkan gambar Angkatan Unit Amal itu bukan dari laporan pihak kami, dan dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Orang ramai diminta merujuk kepada laman web rasmi www.astroawani.com untuk mendapatkan berita yang sahih, terkini dan komprehensif.
#Angkatan Unit Amal #Padang Merbok #Sweden #Astro Awani
;