[PENAFIAN] '31 tahun kategori warga emas' agenda burukkan imej Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Julai 5, 2019 11:43 MYT
Tindakan ini dianggap sebagai niat untuk menjejaskan imej Syed Saddiq. - Foto Twitter Team Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak pernah mengeluarkan kenyataan pembahagian kategori golongan usia, seperti yang tersebar di laman sosial sejak semalam.
Menerusi InstaStory, Syed Saddiq memuat naik penafian berkenaan hal tersebut, sebelum kumpulan komunikasi dan penyokongnya yang dikenali sebagai Team Saddiq di Twitter, membuat perkara sama.
"Pihak kami amat kesal dengan tindakan segelintir pihak dalam menyampai serta menyebarkan kenyataan palsu itu.
"Tindakan ini dianggap sebagai niat untuk menjejaskan imej Syed Saddiq.
"Selidik dahulu untuk kepastian!" tulis entri tersebut.

KENYATAAN PALSU! Pihak kami amat kesal dgn tindakan segelintir pihak dalam menyampai serta menyebarkan kenyataan palsu seperti di bawah atau di pautan https://t.co/F4guAiHTcK Tindakan ini dianggap sebagai niat untuk menjejaskan imej YB @SyedSaddiq Selidik dahulu utk kepastian! pic.twitter.com/pN2XhNlqEZ

— #TeamSaddiq (@teamsaddiq) July 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam satu entri mendakwa Ahli Parlimen Muar mengeluarkan kenyataan yang meletakkan golongan berusia 31 tahun ke atas sebagai warga emas, tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
#Belia #fact check #laman sosial #media sosial #Menteri Belia dan Sukan #Muar #Parlimen #Semak Fakta #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Twitter #warga emas
;