Pen warna hitam bermata bulat pada PRU-13

Astro Awani
Februari 13, 2013 18:48 MYT
Buat pertama kali pen mata bulat bewarna hitam akan digunakan untuk memangkah kertas undi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia merupakan salah satu langkah penambahbaikan Pilihan Raya yang akan diperkenalkan kepada umum.
Ujarnya, SPR sentiasa telus dalam proses Pilihan Raya selain menepis persepsi negatif sesetengan pihak terhadap badan itu sendiri.
“Sebelum ini begitu ramai orang yang membuat dakwaan kononnya ada pihak cuba memadamkan pangkah undi orang yang gunakan pensel sewaktu dalam perjalanan ke tempat pengiraan dan sebagainya.” tambahnya.
Ahmad Wan berkata, semoga tiada lagi timbul keraguan diantara masyakat mahupun mana-mana pihak dengan pelaksanaan menggunakan pen bewarna hitam ini.
“Penggunaan pen sekali gus meningkatkan keyakinan pengundi terhadap SPR,” katanya.
SPR sebelum ini menetapkan syarat terhadap rakyat malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi.
Pengundi berkenaan mesti pernah pulang ke negara ini selama 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran parlimen.
#Datuk Wan Ahmad Wan Omar #pengundi #SPR
;