Pemuliharaan air, apa yang perlu anda lakukan
Astro Awani
Februari 22, 2014 09:48 MYT
Februari 22, 2014 09:48 MYT
Sewaktu berdepan dengan situasi bahang panas yang sedang melanda negara, ramai di antara kita yang akan menghabiskan masa dengan mandi lebih daripada dua kali sehari, luar daripada kebiasaan.
Selain itu, nasihat untuk meminum air yang banyak juga turut dipraktikkan pada situasi ini.
Selain mengutamakan nasihat untuk menjaga diri sewaktu bahang panas itu berlaku, kita juga tidak sepatutnya lupa untuk mengurus penggunaan air secara lebih efisyen.
Adalah penting untuk kita sentiasa memastikan strategi terbaik dalam pengurusan air. Kita sewajarnya mengawal persekitaran air bagi menjamin permintaan di masa hadapan.