SUNGAI BULOH: Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti akan menjadi pilihan utama Jabatan Penjara Malaysia menjelang 2030 bagi mengurangkan jenayah berulang dalam kalangan banduan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Beliau berkata kaedah itu menunjukkan 50 kali ganda lebih berkesan dalam mengurangkan jenayah berulang berbanding kaedah pemenjaraan yang dipraktik sekarang.
"Menjelang 2030, kami (Jabatan Penjara) akan memastikan dua pertiga penghuni yang layak diberi peluang menjalani pemulihan dalam komuniti... pemenjaraan hanya akan menjadi pilihan akhir koreksional.
"Pilihan utama akan diberikan kepada usaha pemulihan menerusi pengintegrasian strategik dalam masyarakat yang pada masa ini menunjukkan 50 kali ganda lebih berkesan dalam mengurangkan kadar residivis (jenayah berulang)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Menurut Nordin, usaha itu selaras dengan agenda reformasi jabatan berkenaan yang sedang giat direalisasikan.
Dalam pada itu, Nordin turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada perdana menteri kerana menyalurkan dana berjumlah RM50 juta menerusi Belanjawan 2023 untuk membaik pulih kuarters anggota Jabatan Penjara di seluruh negara.
"RM12 juta daripada jumlah itu akan disalurkan bagi membaik pulih kuarters anggota di Penjara Sungai Buloh ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Nordin berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Bersama Perdana Menteri di Penjara Sungai Buloh semalam. - Foto Facebook KDN
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Dua pertiga banduan disasar jalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2023
Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030.