Pemulihan bekalan air capai 48 peratus - Air Selangor

Afiezy Azaman
Mei 1, 2022 08:20 MYT
Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, mencapai 48 peratus setakat 6 pagi.
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, mencapai 48 peratus setakat 6 pagi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang, hari ini.
"Kawasan Sepang mencapai 96 peratus pemulihan, Kuala Langat (70%), Putrajaya (57%), Hulu Langat (15%) dan Petaling (0%).
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula jam 12.15 pagi, 1 Mei 2022," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Air Selangor ingin memaklumkan status terkini Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.#AirSelangor #3004SgSemenyih pic.twitter.com/TjIsrnsldo

— Air Selangor (@air_selangor) April 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Air Selangor, bantuan lori tangki masih lagi digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal dan Air Selangor berusaha untuk meminimumkan impak gangguan air tersebut kepada pengguna yang terjejas.
Bagi sebarang pertanyaan para pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau pun Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
#bekalan air #Air Selangor #pencemaran #Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir
;