PEMULIH: RM18 juta sebagai tambahan perkhidmatan bank bergerak

Nickyson Nyambar
Jun 28, 2021 09:40 MYT
Ketika ini, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkhidmatan bank bergerak telah dilancarkan di Sarawak pada bulan ini. Manakala di Sabah, ianya akan bermula pada Julai depan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM18 juta buat bank tempatan dalam menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkhidmatan yang disediakan itu akan merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
"Melalui inisiatif ini, rakyat boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun, penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang, pembayaran bil serta perbankan digital," katanya dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.
Malah, ujar beliau, perkhidmatan itu juga telah dilancarkan di Sarawak pada bulan ini.
Manakala di Sabah, perkhidmatan berkenaan akan bermula pada Julai nanti di bawah seliaan Bank Simpanan Nasional (BSN).
#Perkhidmatan Bank Bergerak #bantuan rakyat #Perdana Menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #PEMULIH