Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar menang tanpa bertanding
Astro Awani
Oktober 12, 2013 15:20 MYT
Oktober 12, 2013 15:20 MYT
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar mencatat sejarah tersediri apabila kesemua calon jawatankuasanya menang tanpa bertanding dalam proses Pemilihan Pergerakan Pemuda itu hari ini.
Ini menjadikan UMNO bahagian itu satu-satunya sayap parti di negeri ini menang tanpa bertanding dalam semua jawatan dari pengerusi tetap hinggalah ke 15 ahli jawatankuasanya.
Ianya dipersetujui atas kesepakatan bersama yang mahukan pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Setar lebih kukuh dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh bersepadu untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.
Antara yang terpilih ialah jawatan Pengerusi Tetap yang dimenangi Ilias Harun, Timbalan Pengerusi Tetap Ismail Puji, Ketua Pemuda Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa, Naib Ketua Pemuda Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri serta 15 jawatankuasa pergerakan itu.
Sebelum ini jawatan Ketua Pemuda di sandang Datuk Zubir Zabidi yang tidak mempertahankan jawatan itu.
“Formulanya satu saja kasih sayang kesepakatan yang telah dibuat. Kata sepakat daripada rakan-rakan yang telah memberi ruang dan peluang untuk kita memperkemaskan lagi jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO bahagian.
“Apabila tidak ada pertandingan ini kita boleh fokus kepada kerja di peringkiat hadapan untuk menghadapi pilihanraya ke 14 ke depan nanti,” kata Zubir.
Sementara itu Syed Abdul Hafiz berkata kemenangan ini adalah berkat usaha yang melibatkan pelbagai pihak.
“Pemuda hari ni dah bersatu dan kita bawa ‘tag line’ ini jiwa baru iaitu bagaiman kita menjiwai perjuangan itu sendiri. Pelbagai pihak yang terlibat itu Ketua Pemuda memberi sokongan penuh kepada kepimpinan untuk kali ini.
Hasil daripada usah gigih, menjadi kemuncak itu waktu pilhanraya baru-baru ini,” kata Syed Abdul Hafiz.
Seramai 195 perwakilan menghadiri mesyuarat sekaligus dapat menjayakan mesyuarat perwakilan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Oengerusi Tetap Ahmad Bukhari Abdul. Turut hadir Ketua UMNO bahagian Alor Setar Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersama timbalannya IR Guntor Tobeng Mansor Tobeng.
Suasana harmoni di rasakan apabila semua ahli Pemuda memberi sokongan padu kepada ahli yang dipilih dan proses berjalan di peringkat Pemuda UMNO Malaysia berjalan lancar.