Pemuda maut Porsche terbabas

Azee Shafy
Jun 12, 2022 08:00 MYT
Anggota bomba yang terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit pada Sabtu. Keadaan kereta jenis Porsche yang remuk akibat kemalangan tersebut pada Sabtu. - Foto JBPM
BENTONG: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta mewah di KM 55 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (menghala Kuantan), pada Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.52 petang, dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Porsche yang dipercayai terbabas di bahu jalan.
"Dalam kejadian itu, mangsa tersepit di tempat pemandu, dan usaha mengeluarkan mangsa menggunakan 'hydraulic rescue tool'," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan mayat diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
#kemalangan #Porsche #terbabas #JBPM
;