Pemuda lemas dihanyut arus ketika memancing
Bernama
Mei 28, 2024 22:30 MYT
Mei 28, 2024 22:30 MYT
LABUAN: Seorang pemuda lemas manakala rakannya selamat akibat dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, di sini petang tadi.
Kejadian melibatkan Muhammad Sharulnizam Mat Sidon, 18, dari Kampung Merinding dan rakannya Suhairi Rosli, 18, dari Kampung Lubok Temiang berlaku kira-kira 5.35 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Layangan Huzyman Malikin berkata mayat Muhamad Sharulnizam ditemukan pasukan penyelamat pada 7.40 malam, tidak jauh dari lokasi pemuda itu memancing.
Mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
-- BERNAMA