Pemuda kongsi kisah duit raya syiling pemberian Tun M

Astro Awani
Mac 17, 2025 15:17 MYT
Pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Syamil Shuib menunjukkan kepingan syiling 10 sen berjumlah RM3 masih dalam keadaan baik disimpan dalam gulungan kertas.
KUALA LUMPUR: Seorang pemuda berkongsi pengalaman manis apabila menerima duit raya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira 29 tahun lalu.
Menerusi satu hantaran TikTok, pemilik akaun dikenali sebagai Syamil Shuib menunjukkan kepingan syiling 10 sen berjumlah RM3 masih dalam keadaan baik disimpan dalam gulungan kertas.
Bungkusan duit raya itu turut tertera jumlah wang yang diberikan serta tandatangan Dr Mahathir.
Dalam hantaran sama, pemuda itu turut berkongsi gambar kenangan bersama Dr Mahathir yang ketika itu masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Perkongsian itu meraih pelbagai respons orang ramai yang menyifatkannya sebagai khazanah yang sangat berharga, sehingga, ada yang mendakwa sanggup menawarkan RM50,000 sebagai pertukaran.
Sementara itu, video tersebut menerima hampir 91,000 tanda suka, 2,000 komen dan 3,600 perkongsian.
#Mahathir Mohamad #kisah syiling #duit raya #Perdana Menteri
;