Pemuda hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas

Vivi Sumanti
Januari 27, 2023 14:33 MYT
Anggota pasukan penguat kuasa dan orang awam membawa mayat mangsa lemas, Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly untuk dibawa ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.
MACHANG: Seorang pemuda yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira kira 23 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly, 23, ditemui tersangkut di tepi tongkang pasir Sungai Kampung Paloh, Tanah Merah, sekitar jam 9 pagi tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dijumpai oleh orang awam.
Mohd Adli berkata, mayat Allahyarham Muhammad Hisyamuddin telah dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.
Mangsa dikatakan hilang di bawa arus sungai pada tengah malam Rabu selepas bot yang dinaiki bersama bapa saudaranya dan seorang lagi rakan terbalik di Sungai Kelantan berhampiran Pangkalan Pasir Haji Pa di Paloh Rawa, di sini.
Bagaimanapun, dua lagi mangsa terselamat selepas berjaya berenang ke tebing
#pemuda hilang #Sungai Kelantan #lemas #Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly
;