Pemotong rumput maut, rakannya parah dirempuh kereta terbabas

Adie Sufian Zulkefli
Mei 7, 2022 16:35 MYT
Sebuah MPV dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar dua batang pokok sebelum merempuh tiga mangsa yang sedang bekerja. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pemotong rumput maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Pintasan Semeling, dekat Bedong di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu dikatakan terdapat tiga orang pekerja sedang melakukan kerja memotong rumput.
Beliau berkata, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu dengan laju dikatakan telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar dua batang pokok di sebelah kiri jalan sebelum merempuh tiga mangsa yang sedang bekerja.
Akibat rempuhan itu mangsa pertama maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala mangsa kedua mengalami kecederaan parah di badan dan patah bahu sementara mangsa ketiga tidak mengalami kecederaan.
Kemalangan | Seorang pemotong rumput maut dirempuh kereta
Jelas Mohd Mahiri, ketiga-tiga mangsa warganegara Myanmar itu difahamkan telah lama bekerja di negara ini.
Bagaimanapun indentiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#pemotong rumput #maut #dirempuh kereta #Sungai Petani #kemalangan
;